
Assalamualaikum semua
Bagi kami di Rumah Penyayang Darul Ilmi, tahun 2022 merupakan tahun mencabar yang sangat mematangkan kami. Walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan, namun kehidupan ini tetap perlu untuk diteruskan . jadi tidak wajar untuk kami mengeluh, lalu menyalahkan nasib, menuding jari dan sebagainya. bagi kami, usaha untuk kekal relevan demi kelangsungan hidup keluarga besar kami di Rumah Penyayang Darul Ilmi perlu diberi fokus. oleh itu,
Di akhir penggal ke-3 tahun 2022 yang lepas, kami telah merombak, dan merangka pelbagai dasar, method, program-program demi bertujuan untuk kelangsungan survival anak-anak kami di tahun 2023 ini.
KOS SEMAKIN MENINGKAT
Pada suku ke-3 tahun 2022, Kos perbelanjaan kami dirasakan semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak menentu di kalangan kami, ditambah buruk dengan kos barangan runcit yang semakin meningkat, ianya seakan memberikan signal jelas bahawa masa depan kami semakin kelam jika perkara ini dibiarkan berpanjangan tanpa tindakan awal dari pengurusan kami.
Buat pengetahuan semua, selama ini, pendapatan Rumah Penyayang Darul Ilmi adalah 90% datangnya dari potongan pendapatan sukarelawan dan dari potongan pendapatan para pengasas itu sendiri yang rata-ratanya memiliki perniagaan menjaja kecil-kecilan seperti membuka gerai menjual air minuman balang di tepi jalan dan pasar malam , mengambil upah khidmat mesin rumput , mengajar quran, mengambil tempahan catering, dan beberapa lagi perniagaan kecil-kecilan. Tapi kini... Bahang tekanan ekonomi, sangat memberi kesan kepada kami dan dirasai hari demi hari .
Berat lidah kami untuk memohon pertolongan dari orang ramai kerana imej meminta-minta ini sememangnya sesuatu yang tidak sihat dan ini sendiri adalah sangat menyimpang dengan prinsip kami yang cuba untuk mengelak dari kelihatan sebagai suatu badan yang gemar kepada meminta-minta . Namun, demi masa depan komuniti Darul Ilmi, kami akan cuba segala pendekatan yang terbaik.
KEMPEN INFAQ KEPERLUAN
KEMPEN INFAQ KEPERLUAN adalah sebuah program yang diwujudkan bagi mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu dalam meringankan kos membeli barangan runcit untuk keperluan warga Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak. Program ini akan diwar-warkan kepada orang ramai sebanyak sekali bagi setiap 3minggu bagi sepanjang tahun 2023 ini. Ini kerana , pihak Rumah Penyayang Darul Ilmi akan ke beberapa pasaraya sekitar Gombak dan Kuala Lumpur pada tarikh dan masa yang telah dijadualkan untuk membeli keperluan-keperluan seperti di bawah =
Barangan Runcit ( Untuk 2 minggu )
Wahai saudara-saudara kami di luar sana, kami ingin menyeru anda untuk sama-sama menyertai kami dalam menjayakan KEMPEN INFAQ KEPERLUAN ini. Sumbangan anda ini diharapkan mampu mengurangkan beban yang dihadapi oleh kami di sini